Sakit

Assalamualaikum


Harini entry macam emo sikit . Better tak payah baca . Aku sekadar nak meluahkan apa yang aku pendam . Itu je . Komen komen membangun sangat digalakkan . Komen berbentuk menjatuhkan tidak digalakkan sama sekali . Cukup sakit yang sedia ada .



"Eh kau ni berubah sebab dia ke? kenapa tak berubah sebab Allah?"

"Tengok weh . Hipokritnya dia . Depan orang tu dia baik , depan kita nampak perangai lama dia"



Kata kata yang sangat membangun kalau kau tengah dalam proses nak berubah kearah yang lebih baik , and banggg hadiah dari mulut kawan kawan korang . Lepas tu kau kata , "eh aku gurau je . Bagus lah kalau kau dah berubah." Apa jenis gurau yang kau buat ni ? Langsung tak menggeletek aku untuk gelak .



Macam macam sangat jadi bila aku dah buat keputusan untuk tinggalkan diri yang lama . Lepas satu satu ujian Allah datang . Sampai satu tahap aku rasa dah give up and nak back to the old me . Alhamdulillah , aku masih ada kawan yang still support aku and bagi sokongan moral . Even though kitorang cuma kawan baik dalam alam maya , dia selalu positivekan aku . How come untuk tak sayang kawan yang selalu ada masa susah senang kau right ? Dah lah kawan alam maya pulak tu . Kawan dunia realiti ? Mostly hampeh . Hmmm .



Rabu lepas . Sekali lagi kena uji . This time berat . Sebab benda jarang jadi dekat aku . Satu belum settle , datang yang baru . Ya Allah , pada mula aku rasa aku sangat tak kuat nak hadap semua benda ni . Tapi aku cuba positivekan fikiran aku . Allah takkan bagi aku sesuatu ujian atau dugaan kalau dia rasa aku tak mampu nak pikul ujian mahupon dugaan tersebut . Ingat , Allah sekali pon tak pernah kejam dengan kita , Allah sekali pon tak pernah meletakkan jarak antara Dia dengan kita . Tapi kita ? Selalu sangat meletak jarak diri kita dengan Dia .  Aku pegang ayat tu . Ayat tu buat untuk aku jadi kuat . Kawan baik aku admitted dekat hospital . Atas sebab apa aku tak nak mention . Tapi agak kritikal . Masa tu aku down . Sebab dia banyak sangat tolong aku bila aku buat keputusan untuk berubah ke arah lebih baik . Terasa sangat . Ujian buat dia . Aku doa moga kau cepat sembuh and kuat untuk berhadapan dengan ujian Allah ni kawan . Aku rindu nak tengok kau sihat macam dulu . Senyum and gelak macam dulu .



Aku bukan nak mengeluh or what . Cuma apa yang aku nak cakap nak kongsi , jangan pernah patah semangat bila kau dah buat keputusan untuk berubah ke arah sesuatu yang baik . Ingat Allah sentiasa ada dengan kita . Cari kawan yang membantu kau . Bukan yang menjatuhkan kau . Sentiasa positive . Aku pon tak kuat mula mula . Tapi slow slow aku cuba untuk jadi kuat . Doakan aku sekali untuk aku jadi kuat .  Lama aku pendam benda ni . Hati aku ni rasa dah banjir dengan tangisan diri sendiri . Aku syukur sangat , walaupon Allah bagi macam macam ujian dekat aku , tapi Dia tetap kurniakan aku kawan kawan yang selalu menaikkan aku bila aku down . Terima Kasih ya Allah . Sesungguhnya setiap ujian Mu buat aku untuk jadi seorang yang lebih kuat pada masa akan datang . Mudah mudahan In Shaa Allah . AMIN


Comments

  1. hwiting! hyung boleh buat. biasalah tu, manusia. ada je benda yang nampak lain semua nak mengata.

    ReplyDelete
  2. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts