Happy Eid and Welcome My New Baby :D


Assalamualaikum

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat dekat luar sana . Okay aku tak berapa pandai sangat nak panjang kan ucapan hari raya and yang lain lain . Make it short and simple sudah . HAHA .




Okay meh aku kenal kan . Itu dia new baby aku . Alcatel One Touch Magic . HAHA . Sebenarnya langsung takde dalam perancangan aku untuk beli smartphone baru ni , memandang aku baru je tukar ke Blackberry Curve 9380 . Tapi hari tu , masa keluar teman adik beli barang kelengkapan dia , aku macam biasa , memang suka menyinggah kedai gadget gadget ni . Tetiba boleh pulak aku terpandang phone ni . Benda pertama yang terlintas dalam kepala ni 'eh phone ni screen besar , tapi kenapa harga murah sangat?' . Aku pun mula meringakan mulut untuk tanya itu ini itu ini . Tanpa buang masa , terus withdraw duit and angkat phone ni . HAHA . Sebenarnya tujuan utama aku beli phone ni sebab aku nak ber-Instagram . HAHA . Blackberry mana ada instagram . Sila boo blackberry . LOL


Spesifikasi phone ni pon , buat masa ni aku puas hati sangat . CPU dia pakai Dual Core 1.3GHz . Dah install banyak application pon still takde lagging . Cuma , camera dia kureng sikit . 3.15MP je . sebab tu kualiti dia tak berapa nak okay . Nak tengok quality gambar dia ? Tu gambar atas tu aku snap guna phone tu ah . Kalau nak tau lebih lagi pasal phone ni boleh tengok SINI . Pada siapa yang nak miliki smartphone , tapi duit tak cukup , aku sangat menggalakkan phone ni . K itu je aku nak cakap .

kbai o/

Comments

  1. bestnyaaa beli phone baru.. sy pun teringin nak beli phone baru gak sbb nokia store tak ada insta.. boo to nokia too..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nokia pon takde insta eh?
      nanti nanti ada lah kot.
      hehehe .

      Delete

Post a Comment

Popular Posts