Pheww.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update entry membebel lagi . hahaha . Sebab aku taktau nak update apa . Memandangkan hari ni keputusan permohonan pengajian keperingkat ijazah keluar , and aku salah seorang yang menunggu result tu . Meh sini nak kongsi sikit .




Okay , itu yang aku peroleh lepas setengah jam menunggu laman web tu boleh buka . Macam macam saluran yang aku cuba . Akhirnya yang ke berapa baru boleh . See , dukacita di maklum kan bahawa untuk permohonan kali ni , aku gagal lagi menempatkan diri aku dekat mana mana universiti . Benda yang sama berlaku masa nak futher study ke peringkat diploma . Now dia berulang lagi , tapi untuk ke degree pulak . Perghh, dugaan masa bulan puasa .


Tipu kalau aku cakap , aku tak sedih , kecewa , frust . Aku pon manusia biasa . Ada rasa sedih , gembira and etc . Tapi aku tak terlalu kecewa , sedih and frust . Sebab aku tak letak atau taruh harapan menggunung atau terlalu tinggi. Sebab aku taknak dikecewakan lagi . Cewahhh , sesungguhnya aku tau bahawa result celah gigi aku , memang takde mana mana U yang pandang . HAHA .


Tapi itu bukan penyebab untuk aku mengalah . Aku yakin , Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk aku . Kalau dah rezeki , tak kemana . Mak aku dah bagitau . Cuma ayah aku tak sampai hati nak bagitau . Mesti dia kecewa . Hurm , rayuan aku dah buat . Aku taknak jadi manusia mengalah sebelum berperang . Bila tak dapat terus mengalah and taknak cuba untuk buat rayuan . Fed up and etc . Aku taknak jadi macam tu . Harap , rezeki aku pada rayuan ni . Amin . Btw , tahniah kepada mereka mereka yang berjaya . Kepada yang tak berjaya , jangan cepat mengalah . Ingat , Allah sentiasa ada bersama kita . kbai o/


Comments

Popular Posts