Minat , Pengorbanan & Harapan

Assalamualaikum

Yoo , aku update lagi blog . Hari ni terasa semangat nak update blog . Aku jarang buat entry yang berunsur luahan atau perkongsian . Tapi entah kenapa aku rasa kali ni , aku nak cerita kan dekat sini . Yeah , its all about Minat , Pengorbanan & Harapan .

entry ni ayat agak kepoyoan . baik tak payah baca kalau nak perli atau kutuk aku ._.

Minat , sejujurnya . Since dari sekolah . Aku tak pernah fikir untuk aku bertapak atau melangkah kan kaki aku dalam bidang yang related to business , ekonomi , akaun ini kan pulak jadi student dekat dalam Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan . Tak pernah fikir . Sebab minat aku totally opposite dari jurusan atau dekat mana yang aku ada sekarang . Aku more kepada science and technology . Itu minat aku . Multimedia and ict . yeah , itu aku . Tapi bukan sebagai Management Student .


Pengorbanan & Harapan . Orang kata , dalam hidup ni , kekadang kita kena lakukan pengorbanan baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk orang lain . Dulu aku tak rasa benda tu adalah perlu untuk aku . Tapi sekarang , aku sendiri , terpaksa korban kan apa yang aku minat , apa yang aku impi kan untuk merealisasi kan harapan dan impian parent aku . Perit . Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku . Serius . Bayangkan , korang kena buat something yang korang tak pernah suka , tak pernah terfikir hanya semata mata untuk buat orang lain gembira . Tapi aku tempuh jugak benda ni semata mata taknak kecewa kan mak ayah aku . Kira nya aku futher study aku ke peringkat diploma ni bukan sebab minat , tapi sebab aku taknak kecewa kan mak ayah aku . That's it . Dan aku fikir , mungkin ini yang Allah dah rancangkan untuk aku , so aku ikut je flowNya .


Pernah aku fikir , aku nak stop dari terus kan benda ni . Sebab aku taknak ambil risiko . Benda ni melibatkan masa depan aku . Tapi kawan aku pernah pesan . "Allah adalah sebaik baik perancang, Dia lebih tau apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Tak semestinya apa yang kau minat , itu yang kau dapat . Jangan bersangka buruk padaNya."  Aku pegang kata kata dia sampai sekarang . Dan alhamdulillah , aku pon berjaya habis kan aku punya diploma tanpa sebarang paper kena repeat . Syukur alhamdulillah .





Kali ni , sekali lagi aku kena korban kan apa yang aku nak , untuk ke peringkat Degree . Ye seperti yang korang tau , aku tak dapat tempatkan diri aku dekat mana mana universiti . Ni semua sebab aku tak apply U aku sendiri . Sekarang dah tau kan kenapa aku tak apply u aku sendiri . Aku taknak ulang perkara yang sama lagi . Tapi semalam , aku terfikir jap . Apa pengorbanan aku dekat parent aku selama ni , macam takde . ke memang takde langsung ? So mungkin kali ni giliran aku , sekali lagi untuk apply apa yang aku tak minat . Kalau itu yang boleh buat mak ayah aku suka , gembira . Aku sanggup . Sebab aku tau , tengok aku sambung belajar ke peringkat degree , itu impian dorang . Apalah sangat pengorbanan aku ni kalau nak fikir pengorbanan dorang berdua nak besar kan aku ni . Lagi lah tersangat sangat besar pengorbanan dorang .



Minat boleh dipupuk . Itu kata seorang akan senior aku yang kes dia , sama je dengan aku . Tapi sekarang dia aku boleh kata someone yang excellent dalam bidang yang dia sendiri tak pernah minat and tak pernah fikir nak masuk pon . Allah itu maha adil lagi maha mengetahui . Kita merancang , tapi Allah yang tentu kan . Jangan pernah berhenti dan terus berdoa . Pertolongan Allah tu tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat , tapi ianya datang tepat pada masa nya . Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya . Ini sekadar perkongsian . Mana mana yang aku kata salah , mohon tegur . Kbai o/

Comments

Popular Posts