3 Minggu Punya Cerita
Assalamualaikum.
Sekian sahaja sesi bergambar dalam entry kali ni . HAHA . Jangan cari atau tanya mana satu aku dalam banyak banyak gambar dekat atas . Memang takkan jumpa sebab aku ni dorang punya cameraman yang tak pernah diiktiraf oleh mana mana badan berkanun . hahaha . kbai
Heyoo . Lama dah tak mengupdate blog ni . Hari ni baru tangan ni terasa nak menaip something . Since blog pon dah new look , so menaikkan lagi semangat aku untuk update edit blog ni . Semalam , masa edit blog satu lagi tu , sempat jugak lah aku luangkan masa untuk edit blog ni . Sebab aku mula rasa macam blog ni tak ber-tuan . HAHAHA . Tak banyak benda pon yang aku edit , tapi kali ni aku berjaya edit as simple as i can ^^ . Tenang mata aku pandang blog ni . Putih suci . Okay bukan itu yang aku nak merepek dalam entry ni , lupa kan =='
Alhamdulillah , dah masuk 3 minggu , aku bergelar pelajar semula . Buat masa ni berjalan lancar . Penat tu tipu lah kalau tak . Sebab jadual pack , itu ini semua benda nak kena settle a soon as possible . Dengan kelas jauh nya lagi , dengan jalan kakinya lagi . aigoo . Tercunggap cunggap gak nak kejar satu satu . Tapi penat macam mana pon , aku tetap rasa 3 minggu yang menyeronokkan :D Aku nak penuhkan entry ni dengan gambar , biar gambar yang ceritakan segalanya . HAHA .
Yeahh , ini blok aku . Macam zaman diploma dulu , aku dengan tingkat 4 memang tak dapat dipisahkan =='
Petang hingga ke malam , banyak habiskan masa dekat UniSZA Golf Driving Range , hobi baru kata nya , harga untuk student sendiri tak mahal pulak tu , boleh lah luangkan masa dekat situ lagi :D
Ni antara muka muka classmate aku , dorang memang pantang nampak camera , padahal masa ni tengah tunggu giliran nak amek gambar kelas ^^
Hamper sempena explorace untuk Karnival Kewangan Islam . Alhamdulillah , rezeki hari jumaat , dapat no satu ^^
Ini lah budak kelas aku . Terasa perbezaan masa diploma dulu dengan degree sekarang . Masa ni kelas Talaqqi Quran , so duduk dalam berkumpulan . Nampak crowded right ? Mana taknya , 104 orang dalam satu kelas . Masa diploma dulu , 24 orang je satu kelas =='
Ini gambar tadi . Breakfast dekat Naj D' Leaf Cafe , dekat Laman selera pelajar . Macam aku cakap , dorang ni pantang nampak kamera . HAHA .
Sekian sahaja sesi bergambar dalam entry kali ni . HAHA . Jangan cari atau tanya mana satu aku dalam banyak banyak gambar dekat atas . Memang takkan jumpa sebab aku ni dorang punya cameraman yang tak pernah diiktiraf oleh mana mana badan berkanun . hahaha . kbai
Doakan untuk aku , mudah mudahan Allah berikan aku kekuatan dan permudahkan segala urusan aku sepanjang aku buat first degree ni . Aminnn :D




waah, apis main golf la :D
ReplyDeletehahahaha .
Deletenewbie . ^^
baru berjinak jinak
good luck! wish u all the best...degree ape..??
ReplyDeletedegree in islamic finance :D
Delete